Sunday, November 24, 2013

Buku Panduan HR untuk Pekerja & Majikan di Sektor Swasta (Malaysia)


Antara buku panduan Human Resource (HR) yang ada dalam perpustakaan mini saya.
Insya allah saya akan kongsikan beberapa komentar daripada buku ini

Friday, April 12, 2013

Reviu Buku Panduan Undang-undang Untuk Kejayaan Perniagaan (Azlin Ahmad Shaharbi)


Antara aspek penting kepada seorang usahawan ialah menguasai topik undang-undang (aspek lain ialah aliran tunai, komunikasi, sistem, dan produk) 
Saya baru sahaja menubuhkan perniagaan milikan tunggal secara rasmi beberapa minggu lepas, maka dalam menjalankan urusan bisnes penguasaan ilmu perlu ditingkatkan maka saya mengambil keputusan untuk membina keyakinan dengan membeli dan meminjam buku-buku berkaitan bisnes.


Dalam membuka kefahaman dalam aspek undang-undang, saya telah meminjam buku Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan (Edisi Kedua) yang telah ditulis oleh Dato' Azlin Ahmad Shaharbi daripada Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Meminjam buku daripada sumber pecuma merupakan langkah baik untuk membaca secara percuma sebelum mengambil keputusan untuk membelinya di kedai buku sebagai pelaburan jangka panjang.

Saturday, March 9, 2013

Modal Sosial Sebagai Kuasa Usahawan Baru

Saya ada diminta oleh rakan saya untuk berkongsi mengenai KUASA MODAL SOSIAL dalam memulakan perniagaan. Tajuk ini akan dibincangkan secara offline di dalam satu perjumpaan yang akan diadakan di Lembah Kelang namun saya berada di Terengganu pada tarikh berkenaan jadi saya bercadang menulis dan meminta untuk diemailkan sahaja kertas kerja ringkas ini kepada mereka untuk diperbincangkan. Semoga sedikit idea ini dapat dikembangkan lebih meluas di kalangan para usahawan. 

Sebarang komentar dan idea baru sangat dialu-alukan bagi membina kerangka Idea Model Modal Sosial yang lebih baik pada masa hadapan. Insya allah


Untuk muat turun kertas kerja berkenaan boleh klik di sini



Thursday, November 29, 2012

Muaz Ekspres – Model Bisnes


Ditulis oleh 

Sedutan kisah lalu: Muaz gigih ke perpustakaan bagi mencari idea membuat slogan bisnes. Sebaliknya, dia bertemu dengan gadis penjaga perpustakaan itu bernama Ain.

Di situ juga dia terjumpa dengan buku berkenaan model bisnes lalu tertarik. Kata-kata Ain yang bernas, membuatkan Muaz berfikir panjang.
Kedua tangan Ain diletakkan bersilang di atas meja.
Dengan mata tidak berkedip, dia merenung Muaz lalu berkata,
“Pesan sifu bisnes saya, orang yang berjaya adalah orang yang sanggup melaburkan wang, masa, dan tenaga. Lebih banyak dia melabur, lebih banyak pulangan akan diperolehinya.”
Muaz menelan liur.
“Bagaimana sekiranya seseorang itu memang mahu berbisnes tetapi memang tidak punya wang bagi dilaburkan?”
Mata Ain tajam bersinar-sinar.
“Adakah dia juga tidak ada masa dan tenaga?”

Apa yang Ada Di Tangan

Sekali lagi Muaz menelan liur. Tiba-tiba kata-kata Farhan melintas di fikirannya, ‘Mulakan dengan apa yang ada di tangan.’
Tersengih Muaz lalu kembali duduk tegak.
“Baik, saya mahu jadi ahli perpustakaan ini!”
Ain tersenyum dan menjongket sebelah kening.
Kemudian, tergagap Muaz berkata perlahan, “Bolehkah… yurannya… saya bayar secara… ansuran?”
Tiba-tiba Ain menepuk meja dengan kuat! Hampir terbalik Muaz dengan kerusi yang diduduki. Sambil merenung tepat ke mata Muaz, Ain berkata, “Baiklah! Isi borang ini sekarang juga!”
Ain menyapu kedua tapak tangan sambil tersenyum lebar dan berlalu dari situ. Muaz mengurut dada. Dia menarik nafas panjang, lalu mula mengisi borang yang diberi.
‘Macam gangster. Tidak padan dengan muka yang cantik.’
Muaz tersengih sendirian.
Berjaya membuat pinjaman kali pertama, Muaz pulang ke rumah dengan buku Business Model Generation. Dia menyandarkan bantal di dinding, dan tubuhnya pula disandarkan di bantal itu sambil sebelah kaki berlunjur dan sebelah kaki berlipat.
Tekun dia meneliti satu per satu halaman buku itu.
‘A business model describes the rationale of how an organization creates, delivers, and captures value.’
Muaz mengurut dagu.
Model bisnes menjelaskan rasional berkenaan bagaimana sebuah organisasi mencipta, menyampai, dan menangkap nilai.’
Tersengih Muaz sambil menggaru kepala.
‘Sudah seperti Google Translator pula aku ini. Entah betul, entah tidak. Bahasa Inggeris aku dahulu sedang-sedang sahaja markahnya.’
Dia menyelak lagi ke halaman sebelah.
‘Customer segments… segmen pelanggan. Terdapat beberapa segmen pelanggan yang berbeza; pasaran massa, pasaran niche, bersegmen, pelbagai, platfom dua sisi….’
Muaz menggaru kepala. Dia kemudian membelek lagi halaman-halaman dalam buku panjang berkulit putih itu.

Business Model Canvas

‘Business model canvas. Wah, apakah ini?’

Satu halaman penuh yang terlukis beberapa kotak diamatinya. Tertulis di kotak-kotak itu, Key Partners, Key Activities, Value Propositions, Customer Relationships, Customer Segments, Channels, Cost Structure, dan Revenue Streams.
‘Apa semua ini? Farhan tidak pernah pula menyebutnya.’
Laju dia menyelak semula halaman-halaman sebelumnya. Dibaca satu per satu penerangan berkenaan setiap yang ditulis di dalam kotak-kotak itu.
Tiba-tiba Muaz menutup buku. Matanya melilau ke sekeliling bilik.
‘Aku perlukan kertas… dan pen! Aku perlukan kertas… banyak… besar!’
Bilik kecil itu digeledah. Segala beg dan fail dibongkar. Hanya tiga helai kertas yang sudah digunakan ditemuinya. Dibelek buku notanya pula, kemudian dia menggeleng.
‘Buku nota aku ini kecil. Tidak puas menulisnya.’
Muaz berdiri memerhatikan sekeliling sambil bercekak pinggang. Tidak lama, dia menjatuhkan diri ke atas tilam dan terus terlena.

Engkau Menanam, Engkau Mula Dapat Hasil

Jam 7:58 pagi, Muaz sudah terpacak di hadapan rumah Farhan. Farhan yang masih berbaju tidur, mengerut dahi sambil menjawab salam Muaz.
“Engkau baru balik dari kursus motivasi?”
Merah padam wajah Muaz, namun dia tetap melangkah mendekati Farhan. Dia mengeluarkan buku Business Model Generation daripada beg, dan menunjukkannya sambil berkata, “Engkau tidak pernah sebut berkenaan model bisnes.”
Farhan menjongket sebelah kening, mengambil buku itu daripada tangan Muaz, seraya tersenyum.
“Man zaro’a hasoda.”
“Ya…?”
“Engkau menanam, sekarang engkau mula mendapat hasil. Di mana engkau dapat buku ini?” Farhan membelek buku itu, dan menyambung, “Pustaka al-Ikhwan… engkau ke perpustakaan?”
Merah sekali lagi wajah Muaz, tetapi sedikit berbeza dengan merah yang tadi.
“Aku mahu cari kamus, mahu cipta slogan sebagaimana engkau sarankan. Di sana aku terjumpa buku ini dan Ain….”
Bulat mata Farhan.
Tergagap Muaz, “Ain… Cikpuan Ain, penjaga perpustakaan itu. Dia rekomen aku jadi ahli perpustakaan, supaya aku dapat pinjam buku ini.”
Farhan mengangkat-angkat kening.
“Apapun, aku ucapkan tahniah sebab engkau berminat mahu belajar model bisnes. Tidak ramai usahawan yang memulakan bisnes mereka dengan model begini. Langkah engkau ini sudah sangat bagus. Tahniah sekali lagi, dan tunggu aku mandi sebentar, kemudian aku terangkan kepada engkau bagaimana membuat model bisnes Muaz Ekspres.”
Langkah Farhan terhenti, dan dia berpaling memandang Muaz, “Sebagai pemanas, ini aku beritahu. Model bisnes ini dapat menjadikan bisnes engkau lebih tersusun, mudah diurus, dan jelas hala tujunya.”
Muaz tersenyum lebar.
(Bersambung….)
Kredit: Wikipedia, Glennas.
Azzah AR merupakan seorang usahawan, penulis dan jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Antara buku motivasi yang dihasilkan berdasarkan pengalaman sebenar seperti Pilih Jangan Tak Pilih.




Wednesday, November 28, 2012

CASIC Niaga : Kit Usahawan Baru


Apabila seseorang telah mempunyai kemahiran masterPIES dalam kehidupan sehariannya maka ia akan mengenal banyak potensi yang perlu dicantum-cantum supaya ia menjadi satu sistem yang berfungsi, bukan hanya timbunan-timbunan terpisah.

Contohnya bagi seorang usahawan yang baru berjinak-jinak untuk berniaga, dia telah melakukan taksiran dan penilaian sumber PIES yang dimilikinya tetapi beliau bermasalah untuk menghubungkan sumber-sumber itu antara satu sama lain.

Jadi di sini dicadangkan satu teknik untuk memastikan sumber-sumber itu berjaya dicantum dan berfungsi. Teknik ini dinamakan sebagai CASIC Niaga. CASIC Niaga ialah satu perkakas (tool) seperti seunit pisau yang digunakan untuk memotong sesuatu. Sesuatu di sini ialah memotong ‘sumber niaga’ menjadi wang, kemahiran, rangkaian, dan amal jariah hingga ke akhirat!

Alat bantu peserta dan trainer lembaran kerja (Workbook)

Lembaran kerja ini ialah kanvas pelan aksi anda untuk memastikan CASIC Niaga ini dapat dipraktikkan dan direalisasikan sebagai pelan bisnes anda. Workbook yang digunakan ialah :
                                i.            MasterPIES untuk CASIC Niaga version 1.0
                               ii.            CASIC Niaga version 1.0

Workbook yang digunakan ada disertakan bersama-sama modul ini.

Bagaimana modul CASIC Niaga ini berfungsi?

Kita kenali akronim CASIC. CASIC ialah cerakin perkataan C.A.S.I.C iaitulah

Connect, Acknowledge, Serve, Inquire, Choice.

Fornula CASIC ini diambil daripada falsafah surah al-fatihah. Nota pengenalan kepada falsafah CASIC disediakan berasingan daripada modul terbitan ini.

Untuk perkongsian lebih lanjut, bolehlah mengemailkan kepada Sdr.Fadzil (daing_fadzil@yahoo.com) untuk mengadakan sesi perkongsian dan aktiviti berkaitan CASIC Niaga.

Tuesday, November 27, 2012

Blok-blok dalam model bisnes

Di dalam posting blog  saya yang  lepas, saya ada memberikan sedikit perkongsian mengenai MODEL BISNES. Ingat lagi? Boleh rujuk di lnk ini

Jadi untuk artikel kali ini saya akan memperincikan, apakah yang perlu ada dalam setiap blok model bisnes. Berikut ialah kupasannya


BLOK BISNES MODEL
1-Value proposition (Tawaran Nilai)-apa yang pelanggan dapat dengan nilai wang mereka?

  • Nilai baru
  • Prestasi
  • Personalisasi
  • Menyelesaikan tugas
  • Rekabentuk
  • Jenama
  • Harga
  • Pengurangan kos
  • Pengurangan Risiko
  • Kebolehcapaian
  • Kemudahan

2-Customer segment (segmen pelanggan)

  • Mass market (Umum)
  • Niche (Ciri unik tersendiri)
  • Segmented (Bersegmen/berfokus)
  • Diversified (pelbagai)
  • Multi-sided (Platform)

3-Channels (Saluran)-Jambatan antara Value proposition dan customer segment
Medium membawa nilai kepada pelanggan
Jenis

  • Pemborong (Orang tengah + rakan)
  • Kedai rakan niaga (Orang tengah + rakan)
  • Web (Sendiri + Terus)
  • Jurujual (Sendiri + Terus)
Fasa

  • Kesedaran
  • Penilaian
  • Pembelian
  • Penghantaran
  • Kidmat selepas jualan

4-Customer Relationship-Perhubungan pelanggan
Kaedah dan tahap perhubungan bisnes dengan pelanggan

  • Personal Assistance (Bantuan peribadi)
  • Dedicated Personal Assistance (Bantuan peribadi khusus)
  • Self-service (Khidmat mandiri)
  • Automated (Sistem auto)
  • Communities (Komuniti)
  • Co-creation (Pelanggan dan penjual sama-sama terlibat)

Memilih kaedah perhubungan kos - pertimbangkan kos

5-Revenue Stream

  • Asset sale (Jualan aset)
  • Usage Fee (Yuran penggunaan)
  • Subscription fee(Yuran langganan)
  • Lending/Renting/Leasing (Sewaan)
  • Licensing (Perlesenan)
  • Brokerage Fee (Komisyen)
  • Advertising (Iklan)

Mekanisme harga

  • Harga tetap
- Harga tetap tersenarai
- Bergantung kepada  segmen pelanggan
- Bergantung kepada jumlah pembelian

  • Harga dinamik
- Rundingan/Tawaran
- Pengurusan hasil
- Pasaran masa nyata
- Lelongan

6-Key Resources (Sumber utama bagi menghasilkan value proposition)

  • Manusia
  • Fizikal
  • Kewangan
  • Intelek

7-Key Activities

  • Pengeluaran (Production)
  • Menyelesaikan masalah (Problem solving)
  • Platform /Network (Platform/Rangkaian)

8-Key Partners (Individu /organisasi yang akan memastikan sesuatu bisnes berlaku)

  • Economy of scale
  • Pengurangan risiko
  • Pemerolehan sumber dan aktiviti

9-Cost Structure (Menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan value proposition kepada pelanggan)
  • Pacuan kos
  • Pacuan nilai

Kos
  • Tetap
  • Boleh ubah
  • Skala ekonomi
  • Skop ekonomi