Friday, April 12, 2013

Reviu Buku Panduan Undang-undang Untuk Kejayaan Perniagaan (Azlin Ahmad Shaharbi)


Antara aspek penting kepada seorang usahawan ialah menguasai topik undang-undang (aspek lain ialah aliran tunai, komunikasi, sistem, dan produk) 
Saya baru sahaja menubuhkan perniagaan milikan tunggal secara rasmi beberapa minggu lepas, maka dalam menjalankan urusan bisnes penguasaan ilmu perlu ditingkatkan maka saya mengambil keputusan untuk membina keyakinan dengan membeli dan meminjam buku-buku berkaitan bisnes.


Dalam membuka kefahaman dalam aspek undang-undang, saya telah meminjam buku Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan (Edisi Kedua) yang telah ditulis oleh Dato' Azlin Ahmad Shaharbi daripada Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Meminjam buku daripada sumber pecuma merupakan langkah baik untuk membaca secara percuma sebelum mengambil keputusan untuk membelinya di kedai buku sebagai pelaburan jangka panjang.


Buku ini mengupas secara komprehensif tajuk-tajuk seperti :
  • Penubuhan perniagaan
  1. Bentuk perniagaan
  2. Pemilikan tunggal
  3. Perkongsian
  4. Syarikat
  • Premis perniagaan
  1. Penyewaan premis perniagaan
  2. Pembelian premis perniagaan (dalam pembinaan)
  3. Pembelian premis perniagaan (siap bina)
  • Pengambilan pekerja
  1. Perlantikan pekerja
  2. Tanggungjawab majikan dan hak pekera
  • Jenis perniagaan
  1. Jualan barangan
  2. Jualan langsung
  3. Agensi dan pengedaran
  4. Francais
  • Harta Intelek
  1. Harta Intelek 
  2. Hakcipta
  3. Paten
  4. Rekabentuk perindustrian
  5. Cap dagangan
  • Pinjaman kewangan
  1. Sewa beli
  2. Proses pinjaman bank
  • Tindakan mahkamah
  1. Prosiding tuntutan mahkamah
  2. Kebankrapan dan penggulungan syarikat
  • Soal jawab
Soalan lazim berkenaan undang-undang dalam perniagaan
  • Deraf perjanjian dan sampel borang
Senarai Deraf Perjanjian dan sampel borang di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang dimuatkan dalam  Cakera Padat (CD)

Buku setebal kurang lebih 277 muka surat ini memberikan pengantar yang cukup baik kepada usahawan yang ingin memantapkan ilmu undang-undang bisnes masing-masing berbantukan buku rujukan berbahasa melayu. Namun dicadangkan agar penataran setiap topik dibuat berasingan selepas selesai membaca setiap bahagian kerana setiap tajuk memerlukan lebih banyak informasi daripada profesional. Dengan kemudahan teknologi di hujung jari, layarilah laman sesawang jabatan dan kementerian yang berkaitan yang boleh memperincikan setiap tajuk dengan lebih berkesan.

Semoga dengan sedikit ulasan ini mampu membantu memecahkan kebuntuan usahawan baru mengenai aspek undang-undang yang perlu mereka kuasai dalam mengharungi cabaran mendatang dalam dunia perniagaan masing-masing. 





No comments:

Post a Comment