Wednesday, October 17, 2018

RINGKASAN EKSEKUTIF

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Ringkasan Eksekutif ialah "ringkasan" Business Plan. Dua atau tiga muka surat sudah memadai. Maklumat terperinci, rajah, carta dan gambar boleh diberikan dalam bahagian utama Business Plan itu sendiri.

2. Sekiranya anda memerlukan 10 muka surat untuk menulis Ringkasan Eksekutif, itu menunjukkan anda sendiri tak faham Business Plan anda.

3. Dalam Ringkasan Eksekutif, fokus kepada lima perkara berikut:

(a) Konsep bisnes - terangkan bisnes, produk dan pasaran. Nyatakan apa yang anda nak jual, kepada siapa dan mengapakah produk ini ada kelebihan persaingan.

(b) Ciri kewangan - jelaskan ciri penting kewangan seperti jualan, keuntungan, aliran tunai dan pulangan kepada pelaburan. Angka-angka ini hendaklah disebutkan dengan terang.

(c) Keperluan kewangan - nyatakan berapakah jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan bisnes. Terangkan bagaimanakah dana ini akan diperolehi (sendiri, pinjaman?) Sekiranya pinjaman, nyatakan apakah yang digunakan sebagai collateral (jika diperlukan).

(d) Kedudukan semasa syarikat - nyatakan struktur perundangan syarikat, bila ditubuhkan dan pemilik / pengurusan kanan syarikat.

(e) Pencapaian utama - berikan beberapa pencapaian yang menjadi milestone penting syarikat. Contoh: paten, prototype, kontrak dan kajian pemasaran (jika ada).

4. Usahawan yang mempunyai "clarity of thoughts" boleh menulis Ringkasan Eksekutif dengan mudah.

5. Ringkasan Eksekutif yang meleret, berbelit dan berjela-jela adalah salah satu tanda menunjukkan usahawan itu sendiri tak faham bisnes yang dia nak buat.

FB : Norizan Bin Sharif

OEM, PRIVATE LABEL & CONTRACT MANUFACTURING

OEM, PRIVATE LABEL & CONTRACT MANUFACTURING

1. OEM bermaksud "original equipment manufacturer." Asalnya, ia bermaksud pengeluar peralatan kereta yang dijual oleh pihak ketiga.

2. Bagaimanapun, usahawan kita telah menggunakan istilah OEM, walaupun produk yang dijual itu bukanlah "equipment."

3. Dalam konteks bisnes di negara kita, ada dua istilah yang lebih sesuai digunakan ialah "private label" dan "contract manufacturing."

4. Private label bermaksud kita meletakkan jenama kita kepada produk yang sedia ada. Ambil label, tampal dan jual.

5. Contract manufacturing bermaksud kita membuat formulasi dan memberikan kontrak kepada pihak ketiga untuk mengilangkan produk itu berdasarkan formulasi kita.

6. Gunakan istilah yang betul dan difahami pada peringkat antarabangsa.

FB : Norizan Bin Sharif

Cara Mudah Membuat Follow Up Staff

Inilah cara mudah membuat follow-up prestasi staff:

Mesti adakan meeting mingguan.

Meeting mingguan ini khusus untuk 2 agenda:

1. Melaporkan kemajuan prestasi pencapaian target pada minggu sebelumnya.

2. Jika target tak tercapai, cari jalan bagaimana target itu dapat dicapai.

Meeting dijalankan selama 30 minit sahaja.

Meeting sebaiknya dibuat pada pagi Isnin setiap minggu.

Jangan ada agenda lain dibincangkan dalam meeting follow-up. Agenda lain dibincangkan dalam meeting lain.

FB : Puan Ainon Abdullah

10 SEBAB MENGAPA KITA PERLU BELI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

10 SEBAB MENGAPA KITA PERLU BELI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

1. Wang yang kita belanjakan digunakan untuk beli bahan mentah tempatan. Orang kampung dan bisnes kecil lain pun dapat limpahan manfaat.

2. Mereka sediakan peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Secara purata mereka gajikan antara lima hingga 20 orang pekerja. Kalau ada 10,000 bisnes kecil yang berdaya maju, mereka boleh gajikan 200,000 orang.

3. Gaji orang yang bekerja melimpah kepada ekonomi tempat mereka tinggal dan bekerja. Kalau ada 200,000 pekerja dengan gaji RM1,500, ini bermaksud ada RM300 juta wang gaji yang dibelanjakan di kampung dan pekan kecil seluruh negara setiap bulan atau RM3.6 bilion setahun.

4. Kebanyakan produk pengusaha tempatan yang dibuat sendiri tidak gunakan bahan pengawet berlebihan. Walaupun produk ini tidak mempunyai shelf life yang lama, ia baik untuk kesihatan.

5. Mereka dorong orang lain berniaga. Apabila usahawan ini berjaya, orang lain juga nak berjaya seperti mereka. Semakin lama, semakin ramai orang kita berniaga dan tak perlu bergantung kepada kerja kerajaan. Kementerian dan agensi kerajaan boleh dikecilkan. Cukai boleh diturunkan kerana bilangan pekerja sektor awam kecil. Buat masa ini, lebih separuh bajet negara digunakan untuk "belanja mengurus" (baca: bayar gaji).

6. Apabila kita beli produk mereka, mereka ada tambahan modal untuk scale-up. Mereka beli mesin baru. Mereka boleh buat bungkusan baru. Mereka boleh dapatkan persijilan kualiti yang lebih baik.

7. Apabila dah ada persijilan, mesin baru dan bungkusan berkualiti, mereka boleh perkenalkan produk baru. Kita galakkan inovasi produk berkualiti tinggi. Produk kita jadi berkualiti setanding dengan produk syarikat besar.

8. Setelah ada kualiti, mereka boleh mula eksport. Apabila mereka eksport, mereka bawa masuk wang dari luar. Dengan ini nilai Ringgit kukuh, ekonomi negara mantap.

9. Semakin banyak produk kita di luar negara, semakin ramai orang kenali Malaysia. Dalam bidang makanan sebagai contoh, kita mahu orang kenali roti pratha Malaysia, satay Malaysia dan sos Malaysia. Inilah yang dikatakan “food diplomacy.” Usahawan menjadi diplomat.

10. Apabila produk kita banyak di luar negara, usahawan permulaan kita tidak lagi kecilkan minda dengan jual produk di tempat sendiri. Orang kampung pun boleh produk di Brussel, New York atau Johannesburg. Ekonomi kita berkembang. Negara bertambah maju. Rakyat semua dapat manfaat.

Sumber : FB Norizan Bin Sharif

Kepentingan Budaya Kepatuhan

BUDAYA KEPATUHAN PENTING
=========================

Regulartory requirements tidak dipatuhi.
Governance kurang.
Compliance lemah.

http://www.majalahlabur.com/saham/kejatuhan-perniagaan-keluarga-zaitun-industries/



JENIS-JENIS LATIHAN

#TYPEOFTRAINING

Jenis kursus/latihan yang anda perlu tahu. Di sini kami akan terangkan cara bagaimana untuk kita memilih kursus/latihan yg nak dihadiri mengikut tahap pengetahuan(knowledge) diri.

Tahap 1: Awareness

Tahap ini, anda akan didedahkan secara general apa yang perlu disediakan, bagaimana nak mengaplikasi dan apa yang akan berlaku apabila anda mengaplikasikan dalam organisasi anda.

Tahap 2: Understanding

Tahap ini, anda dah bersedia utk mengaplikasi di dalam organisasi anda. Anda perlu belajar lagi details berkenaan apa yg perlu di sediakan utk memenuhi kreterianya. Selepas dari kursus/latihan, anda dapat merancang cara aplikasi dari masa ke semasa.

Tahap 3: Documentation

Tahap ini, anda perlu pelajari menyediakan dokumen dan rekod. Apabila telah tersedia, bagaimana pula cara utk mengawal semua dokumen tersebut. Selepas dari kursus/latihan, anda berupaya menyedia, mengawal semua dokumen & rekod. Apa guna dokumen & rekod ni? Sebagai bukti anda mengaplikasikan mengikut kreteria yg dikehendaki.

Tahap 4: Internal Audit

Tahap ini, anda perlu mempelajari cara utk menguji tahap keberkesanan aplikasi anda. Dari A sehingga Z mengikut kreterianya. Selepas kursus/latihan, anda akan berupaya menentukan di mana kelemahan aplikasi semasa kita, dari situ barulah anda dapat menyediakan tindakan penambahbaikan dalam organisasi anda.

Sekarang anda dah tahu tahap-tahapnya, anda boleh ukur baju di badan sendiri. Kursus/latihan mana yg saya harus hadiri mengikut kemampuan sendiri.

P/s: Jangan rasa diri kita dah tahu semua perkara, kelak menyesal tertunjuk pandai 😎

#foodtechcircle

Sunday, January 26, 2014

Sumber pembelajaran PERCUMA !


Dekad ini maklumat semua berada di hujung jari. Semakin mudah dan mudah. Justeru para usahawan perlu proaktif untuk sentiasa meningkatkan gedung maklumat dan mempertajam kemahiran masing-masing.

Usahawan tidak dapat lari daripada menyesuaikan situasi bisnes masing-masing dengan kehendak semasa.

Kebanyakan transaksi dan proses perniagaaan jual beli sekarang beralih kepada proses atas-talian. Namun pihak kerajaan masih mengekalkan medium mendapatkan maklumat di kaunter-kaunter berpusat.

Pasti para pembaca blog ini pernah berkunjung ke Pusat Transformasi Bandar (UTC), bukan?

Pelbagai maklumat berkaitan perniagaan boleh diperolehi. Contoh adalah seperti berikut :
  • Kewangan - kaunter eperolehan
  • Operasi - SSM
  • Pentadbiran - PUNB
  • Pemasaran - TEKUN
  • Sumber manusia - HRDF 
Awas ! Lambakan maklumat boleh berlaku jika kita tidak tahu bagaimana mahu menghubungkan maklumat itu antara satu sama lain untuk dimanfaatkan ke dalam bisnes kita.

Selamat beramal !