Wednesday, October 17, 2018

RINGKASAN EKSEKUTIF

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Ringkasan Eksekutif ialah "ringkasan" Business Plan. Dua atau tiga muka surat sudah memadai. Maklumat terperinci, rajah, carta dan gambar boleh diberikan dalam bahagian utama Business Plan itu sendiri.

2. Sekiranya anda memerlukan 10 muka surat untuk menulis Ringkasan Eksekutif, itu menunjukkan anda sendiri tak faham Business Plan anda.

3. Dalam Ringkasan Eksekutif, fokus kepada lima perkara berikut:

(a) Konsep bisnes - terangkan bisnes, produk dan pasaran. Nyatakan apa yang anda nak jual, kepada siapa dan mengapakah produk ini ada kelebihan persaingan.

(b) Ciri kewangan - jelaskan ciri penting kewangan seperti jualan, keuntungan, aliran tunai dan pulangan kepada pelaburan. Angka-angka ini hendaklah disebutkan dengan terang.

(c) Keperluan kewangan - nyatakan berapakah jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan dan mengembangkan bisnes. Terangkan bagaimanakah dana ini akan diperolehi (sendiri, pinjaman?) Sekiranya pinjaman, nyatakan apakah yang digunakan sebagai collateral (jika diperlukan).

(d) Kedudukan semasa syarikat - nyatakan struktur perundangan syarikat, bila ditubuhkan dan pemilik / pengurusan kanan syarikat.

(e) Pencapaian utama - berikan beberapa pencapaian yang menjadi milestone penting syarikat. Contoh: paten, prototype, kontrak dan kajian pemasaran (jika ada).

4. Usahawan yang mempunyai "clarity of thoughts" boleh menulis Ringkasan Eksekutif dengan mudah.

5. Ringkasan Eksekutif yang meleret, berbelit dan berjela-jela adalah salah satu tanda menunjukkan usahawan itu sendiri tak faham bisnes yang dia nak buat.

FB : Norizan Bin Sharif

No comments:

Post a Comment