Wednesday, October 17, 2018

10 SEBAB MENGAPA KITA PERLU BELI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

10 SEBAB MENGAPA KITA PERLU BELI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

1. Wang yang kita belanjakan digunakan untuk beli bahan mentah tempatan. Orang kampung dan bisnes kecil lain pun dapat limpahan manfaat.

2. Mereka sediakan peluang pekerjaan kepada orang tempatan. Secara purata mereka gajikan antara lima hingga 20 orang pekerja. Kalau ada 10,000 bisnes kecil yang berdaya maju, mereka boleh gajikan 200,000 orang.

3. Gaji orang yang bekerja melimpah kepada ekonomi tempat mereka tinggal dan bekerja. Kalau ada 200,000 pekerja dengan gaji RM1,500, ini bermaksud ada RM300 juta wang gaji yang dibelanjakan di kampung dan pekan kecil seluruh negara setiap bulan atau RM3.6 bilion setahun.

4. Kebanyakan produk pengusaha tempatan yang dibuat sendiri tidak gunakan bahan pengawet berlebihan. Walaupun produk ini tidak mempunyai shelf life yang lama, ia baik untuk kesihatan.

5. Mereka dorong orang lain berniaga. Apabila usahawan ini berjaya, orang lain juga nak berjaya seperti mereka. Semakin lama, semakin ramai orang kita berniaga dan tak perlu bergantung kepada kerja kerajaan. Kementerian dan agensi kerajaan boleh dikecilkan. Cukai boleh diturunkan kerana bilangan pekerja sektor awam kecil. Buat masa ini, lebih separuh bajet negara digunakan untuk "belanja mengurus" (baca: bayar gaji).

6. Apabila kita beli produk mereka, mereka ada tambahan modal untuk scale-up. Mereka beli mesin baru. Mereka boleh buat bungkusan baru. Mereka boleh dapatkan persijilan kualiti yang lebih baik.

7. Apabila dah ada persijilan, mesin baru dan bungkusan berkualiti, mereka boleh perkenalkan produk baru. Kita galakkan inovasi produk berkualiti tinggi. Produk kita jadi berkualiti setanding dengan produk syarikat besar.

8. Setelah ada kualiti, mereka boleh mula eksport. Apabila mereka eksport, mereka bawa masuk wang dari luar. Dengan ini nilai Ringgit kukuh, ekonomi negara mantap.

9. Semakin banyak produk kita di luar negara, semakin ramai orang kenali Malaysia. Dalam bidang makanan sebagai contoh, kita mahu orang kenali roti pratha Malaysia, satay Malaysia dan sos Malaysia. Inilah yang dikatakan “food diplomacy.” Usahawan menjadi diplomat.

10. Apabila produk kita banyak di luar negara, usahawan permulaan kita tidak lagi kecilkan minda dengan jual produk di tempat sendiri. Orang kampung pun boleh produk di Brussel, New York atau Johannesburg. Ekonomi kita berkembang. Negara bertambah maju. Rakyat semua dapat manfaat.

Sumber : FB Norizan Bin Sharif

No comments:

Post a Comment