Wednesday, October 17, 2018

JENIS-JENIS LATIHAN

#TYPEOFTRAINING

Jenis kursus/latihan yang anda perlu tahu. Di sini kami akan terangkan cara bagaimana untuk kita memilih kursus/latihan yg nak dihadiri mengikut tahap pengetahuan(knowledge) diri.

Tahap 1: Awareness

Tahap ini, anda akan didedahkan secara general apa yang perlu disediakan, bagaimana nak mengaplikasi dan apa yang akan berlaku apabila anda mengaplikasikan dalam organisasi anda.

Tahap 2: Understanding

Tahap ini, anda dah bersedia utk mengaplikasi di dalam organisasi anda. Anda perlu belajar lagi details berkenaan apa yg perlu di sediakan utk memenuhi kreterianya. Selepas dari kursus/latihan, anda dapat merancang cara aplikasi dari masa ke semasa.

Tahap 3: Documentation

Tahap ini, anda perlu pelajari menyediakan dokumen dan rekod. Apabila telah tersedia, bagaimana pula cara utk mengawal semua dokumen tersebut. Selepas dari kursus/latihan, anda berupaya menyedia, mengawal semua dokumen & rekod. Apa guna dokumen & rekod ni? Sebagai bukti anda mengaplikasikan mengikut kreteria yg dikehendaki.

Tahap 4: Internal Audit

Tahap ini, anda perlu mempelajari cara utk menguji tahap keberkesanan aplikasi anda. Dari A sehingga Z mengikut kreterianya. Selepas kursus/latihan, anda akan berupaya menentukan di mana kelemahan aplikasi semasa kita, dari situ barulah anda dapat menyediakan tindakan penambahbaikan dalam organisasi anda.

Sekarang anda dah tahu tahap-tahapnya, anda boleh ukur baju di badan sendiri. Kursus/latihan mana yg saya harus hadiri mengikut kemampuan sendiri.

P/s: Jangan rasa diri kita dah tahu semua perkara, kelak menyesal tertunjuk pandai 😎

#foodtechcircle

No comments:

Post a Comment