Sunday, January 26, 2014

Sumber pembelajaran PERCUMA !


Dekad ini maklumat semua berada di hujung jari. Semakin mudah dan mudah. Justeru para usahawan perlu proaktif untuk sentiasa meningkatkan gedung maklumat dan mempertajam kemahiran masing-masing.

Usahawan tidak dapat lari daripada menyesuaikan situasi bisnes masing-masing dengan kehendak semasa.

Kebanyakan transaksi dan proses perniagaaan jual beli sekarang beralih kepada proses atas-talian. Namun pihak kerajaan masih mengekalkan medium mendapatkan maklumat di kaunter-kaunter berpusat.

Pasti para pembaca blog ini pernah berkunjung ke Pusat Transformasi Bandar (UTC), bukan?

Pelbagai maklumat berkaitan perniagaan boleh diperolehi. Contoh adalah seperti berikut :
  • Kewangan - kaunter eperolehan
  • Operasi - SSM
  • Pentadbiran - PUNB
  • Pemasaran - TEKUN
  • Sumber manusia - HRDF 
Awas ! Lambakan maklumat boleh berlaku jika kita tidak tahu bagaimana mahu menghubungkan maklumat itu antara satu sama lain untuk dimanfaatkan ke dalam bisnes kita.

Selamat beramal !

No comments:

Post a Comment