Monday, November 26, 2012

Langkah pemula untuk mulakan bisnes

Setiap orang berkeinginan untuk memulakan perniagaan (bisnes). Bisnes yang akan dimulakan memerlukan pelbagai persiapan sebagai satu momentum yang baik kepada bisnes berkenaan pada masa akan datang. Dalam setiap pertemuan dengan sahabat-sahabat yang saya temui (termasuk diri saya), masing-masing mempunyai idea yang hebat untuk memastikan menjadi usahawan yang berjaya namun kesedaran itu tidak cukup tanpa ada satu pelan aksi bagaimana untuk meneruskan langkah seterusnya

Saya kongsikan langkah-langkah yang pernah saya praktikkan.

1-Kenal pasti minat kita kerana minat/kemahiran kita boleh menjadi salah satu senjata utama untuk menukarkan kemahiran menjadi produk niaga. Kenapa saya tidak menyebutkan mengenai modal wang sebagai topik utama? kerana saya banyak berhadapan kes untuk mereka yang mahu mula berniaga tetapi tidak ada modal RM yang besar.

Jadi, pertamanya ; gunakan modal ILMU dan KEMAHIRAN.

2-Ilmu dan kemahiran tidak cukup jika kita tidak tahu siapa yang boleh menunjukkan jalan untuk mula berniaga. Jadi, carilah mentor, sifu, coach, individu-individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang ingin kita ceburi sebagai panduan.

3-Di dalam proses belajar dan mencuba perniagaan baru, modal spiritual juga sangat penting kerana  cabaran-cabaran yang akan kita hadapi boleh menyebabkan kita boleh berpaling semula untuk tidak meneruskan perniagaan yang kita mulakan ini.

Jadi sinergikan tiga langkah di atas dan kita akan perlahan-lahan temui sinar kejayaan dalam bisnes kita !
Salam kejayaan dari pihak sinergi usahawan (^_^)V

No comments:

Post a Comment